Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Warisan Sabah Tanding 16 Parlimen, 45 DUN Pada PRU14

KOTA KINABALU – Presiden parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Semporna dan turut bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri Senallang pada Pilihan Raya Umum (PRU), pada 9 Mei.

Shafiel ketika mengumumkan nama-nama calon parti pembangkang itu untuk PRU14, berkata parti berkenaan akan bertanding 16 kerusi Parlimen daripada 25 kerusi di Sabah dan 45 kerusi negeri daripada 60 kerusi DUN. 

Warisan turut mempertaruhkan Noor Halim Zaini, anak lelaki Datuk Zaini Mat Isa, bekas ADUN Labuan (sebelum menjadi Wilayah Persekutuan) untuk kerusi Parlimen Labuan.

Timbalan Presiden Warisan Darell Leiking akan mempertahankan kerusi Parlimen Penampang yang disandangnya kini melalui tiket PKR pada PRU13.

Warisan turut mempertaruhkan lapan calon wanita masing-masing dua bagi kawasan Parlimen dan enam kawasan DUN. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan