Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

WARISAN LAPOR POLIS SEPANDUK PALSU PROGRAM KHIDMAT RAKYAT

Warisan menegaskan tiada kena mengena dengan sepanduk ini yang didakwa dipasang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Gambar SNT/Media Sosial

KOTA KINABALU: Bekas calon Parti Warisan Sabah di Apas, Abdul Salip Ejal menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau terlibat memasang sepanduk kononnya ada Program Khidmat Rakyat anjuran parti di SMK Titingan.

Dalam satu laporan polis di Karamunsing pada hari ini, Abdul Salip menyatakan tindakan itu adalah kerja pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk cuba mencemarkan nama baik beliau dan imej Parti Warisan Sabah.

“Banner itu bukan dibuat oleh pihak kami. Saya tidak pernah membuat dan mengarahkan apa apa banner dibuat begitu juga dengan Parti Warisan Sabah tidak pernah membuat atau memberi arahan mengeluarkan banner tersebut,” tegasnya.

Abdul Salip (tengah) bersama Abu Waris bin Hashim (kanan) dan Abdul Rahim bin Timbasal di balai polis Karamunsing selepas membuat laporan. Gambar SNT/Ehsan Warisan

Beliau sudah pun memberi arahan kepada rakan-rakan parti di Apas untuk menurunkan sepanduk itu agar orang ramai tidak terpedaya.

Pada hari yang sama, Donaldo Ernesto turut membuat laporan polis di Tawau perihal yang sama.

Katanya, beliau mengetahui perkara itu apabila ia menjadi tular di laman Facebook.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan