Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

WARISAN ikrar keperluan rakyat diutamakan

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berucap di Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Parlimen Sepanggar, Tuaran dan Kota Kinabalu di Masjid Bandaraya. – Foto ihsan Polis

 

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berucap di Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Parlimen Sepanggar, Tuaran dan Kota Kinabalu di Masjid Bandaraya. – Foto ihsan Polis

 

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (WARISAN) akan memastikan pemerintahan bukan sahaja berlandaskan ‘siratul mustaqim’ (jalan yang lurus lagi benar) tetapi kehendak dan keperluan rakyat di peringkat akar umbi akan diutamakan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata amanah yang diberikan oleh rakyat di negeri ini untuk WARISAN memerintah akan dijaga dengan sebaik mungkin.

“Terima kasih di atas sokongan yang diberikan kepada kerajaan hari ini untuk membolehkan kami (WARISAN) memerintah.

“Amanah yang diberikan ini kami akan pegang sebaik mungkin untuk menjaga bukan hanya pemerintahan berlandaskan ‘siratul mustaqim’, tetapi memastikan supaya umat di negeri ini sentiasa dalam peringatan kami selaku pemerintah di peringkat Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir Majlis Berbuka Puasa bersama warga Parlimen Sepanggar, Kota Kinabalu dan Tuaran di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Likas, di sini, malam tadi.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bersalaman dengan orang ramai ketika tiba di Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Parlimen Sepanggar, Tuaran dan Kota Kinabalu di Masjid Bandaraya. – Foto ihsan Polis

 

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Jaujan Sambakong dan Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Azis Jamman.

Mohd Shafie yang juga Presiden WARISAN berharap pentadbirannya dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna seperti dikehendaki rakyat Sabah.

“Kita berdoa mudah-mudahan sepanjang berjawatan ini, kita akan dapat petunjuk Allah SWT agar jalan cara pemerintahan berlandaskan dengan kehendak dan keperluan rakyat tidak kira kaum di negeri ini.

“Itulah nawaitu yang ingin kita lakukan dan selepas ini kita harap ia dapat berikan khidmat kepada masyarakat di seluruh Sabah,” katanya.

Sementara itu, Azis mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat di Sepanggar kerana memberi kepercayaan untuk menjadi wakil rakyat yang baru.

“Insya-Allah dengan amanah yang diberikan ini, aspirasi untuk masyarakat akan kita bela dalam tempoh lima tahun dalam kerajaan WARISAN dan Pakatan Harapan (PH).

“Kesempatan ini juga, saya bagi pihak Sepanggar, Kota Kinabalu dan Tuaran mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri atas pelantikan ketua Menteri Sabah yang baru,” katanya. -Oleh Junaidi Ladjana/BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan