Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Warisan Harta Sabah agih RM1.5 juta zakat perniagaan

Syed Abas (kiri) menyampaikan cek zakat perniagaan Warisan Harta Sabah Sdn Bhd kepada Pusat Zakat Sabah dalam majlis berbuka puasa di Kota Kinabalu. Foto Ille Tugimin/SayangSabah
Syed Abas (kiri) menyampaikan cek zakat perniagaan Warisan Harta Sabah Sdn Bhd kepada Pusat Zakat Sabah dalam majlis berbuka puasa di Kota Kinabalu. Foto Ille Tugimin/SayangSabah

KOTA KINABALU – Warisan Harta Sabah Sdn. Bhd. mengambil pendekatan strategik dengan menerajui dua bidang utama negeri iaitu tenaga lestari dan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Pengerusinya, Datuk Syed Abas Syed Ali berkata, menerusi pendekatan ini, syarikat tersebut mampu memperolehi perolehan dan aliran tunai yang mampan sekurang-kurangnya dalam tempoh 20 tahun.

“Dalam masa sama, kita juga dapat memperkasakan pertumbuhan sosio ekonomi kawasan luar bandar  dengan pelaksanaan projek mini hidro sekaligus menjadikan Sabah salah satu negeri yang terkehadapan dari segi liputan dan kepantasan ICT,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan zakat kepada Rumah Anak Yatim Darul Bakti Kota Belud di Dewan Tun Sakaran Kompleks Tabung Haji Sembulan, di sini semalam.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Salleh Said yang mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Syed Abas berkata, Warisan Harta Sabah ditubuhkan sejak 1995 berfungsi sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi negeri melalui pelaburan aktif dan tidak aktif bagi menggembangkan kesejahteraan negeri ini untuk dikongsi bersama seluruh rakyat.

Beliau menambah, untuk memastikan kejayaan berterusan diperolehi oleh syarikat itu, pihak Lembaga Pengarah dan Pengurusannya telah mengambil pendekatan strategik dengan menerajui dua bidang tersebut iaitu tenaga lestari dan ICT.

Katanya, pada 2014, Warisan Harta Sabah berupaya mencatatkan prestasi kewangan yang baik.

“Prestasi ini telah kita zahirkan melalui pemberian dan penyampaian sumbangan zakat perniagaan berjumlah RM1.5 juta iaitu jumlah tertinggi sehingga kini berbanding tahun-tahun sebelum ini,” ujarnya. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan