Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Waris terdekat Muhammad Firdaus belum ditemui

firdauss

SEREMBAN – Sehingga kini, keluarga terdekat remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, masih belum dapat dikesan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masih menjejak waris remaja itu terutamanya keluarga sebelah bapa.

 

“Sementara itu, Muhammad Firdaus akan ditempatkan di Taman Sinar Harapan Taunku Ampuan Najihah, Temiang, Seremban, iaitu rumah di bawah jagaan JKM negeri.

“Muhammad Firdaus akan ditempatkan bersama adiknya, Muhammad Haziq Jali, 7, yang kini berada di rumah kebajikan kami,” katanya.

Terdahulu, Muhammad Firdaus ditemui dalam keadaan terabai di sebuah rumah di Flat Taman Semarak, Nilai, di sini, pada 21 Jun lalu.

Dalam perkembangan berkaitan,  remaja berkenaan dijangka akan dibenarkan keluar Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Jumaat ini atau minggu depan.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zailan Adnan, berkata, meskipun Muhammad Firdaus dibenarkan keluar dan diletakkan di bawah JKM, pihaknya akan tetap memantau tahap kesihatan remaja OKU itu.

“Kita akan minta JKM hantar Muhammad Firdaus ke hospital setiap minggu bagi menjalankan pemeriksaan untuk memastikan dia sihat,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan