Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Waris Penumpang China Tidak Percaya Flaperon Milik MH370

Chinarelatives_3399162b

Kira-kira satu dozen ahli keluarga para penumpang MH370 warganegara China berkumpul di hadapan pejabat Malaysia Airlines (MAS) di Beijing bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada lewat malam Rabu bahawa serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion, Perancis Julai lalu adalah daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Rata-rata waris penumpang itu enggan menerima kenyataan bahawa serpihan sayap yang dijumpai sememangnya berasal daripada kapal terbang Boeing 777 yang membawa ahli keluarga mereka.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang hilang pada 8 Mac tahun lepas semasa perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Majoriti penumpang yang menaiki penerbangan tersebut merupakan warganegara China.

“Saya tidak yakin dengan informasi terbaru mengenai kapal terbang tersebut, kami tahu sebenarnya selama ini mereka telah berbohong kepada kami,” terang Zhang Yongli, yang kehilangan anak perempuannya.

“Saya yakin anak perempuan saya masih hidup namun ‘mereka’ tidak mahu menjelaskan perkara sebenarnya kepada kami. Mereka telah berbohong,” kata Bao Lanfang yang merupakan nenek salah seorang penumpang kepada para wartawan, sebelum rebah ke lantai.

“Saya akan lakukan apa sahaja untuk bertemu dengannya kembali. Beritahu apa yang perlu dilakukan, saya sanggup,” rayu perempuan berusia 63 tahun itu bersama tangisan.

– MYNEWSHUB.CC

Komen


Berita Berkaitan