Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,737

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Waris jemaah haji Sabah hargai bantuan TH

7:12pm 19/09/2016 Pak Roshan 1100 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH) Datuk Badlisyah Abdul Ghani (kiri) menyampaikan Takaful Khairat kematian kepada balu jemaah haji dari Sabah, Asli Siamat yang meninggal di Tanah Suci, Bainun Salim (dua dari kiri) ketika sesi ziarah rombongan TH ke kediaman ahli keluarga dan waris di Kampung Tajau, Jalan Serusup. - Foto NSTP/Malai Rosmah Tuah

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH) Datuk Badlisyah Abdul Ghani (kiri) menyampaikan Takaful Khairat kematian kepada balu jemaah haji dari Sabah, Asli Siamat yang meninggal di Tanah Suci, Bainun Salim (dua dari kiri) ketika sesi ziarah rombongan TH ke kediaman ahli keluarga dan waris di Kampung Tajau, Jalan Serusup. – Foto NSTP/Malai Rosmah Tuah

TUARAN: Waris Allahyarham Asli Siamat, 74, jemaah haji dari Sabah yang meninggal dunia di Tanah Suci pada 7 September lalu, berterima kasih atas keprihatinan serta bantuan diberikan pengurusan Tabung Haji (TH).

Selain menguruskan pengebumian jenazah di Makkah, pihak TH turut menyempurnakan badal haji bagi pihak Allahyarham yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah ketika dalam rawatan di Hospital King Faisal, Makkah.

Isteri Allahyarham, Bainun Salim, 49, berkata beliau sekeluarga amat berterima kasih kepada TH yang membantu menguruskan jenazah.

“Saya dapat tahu suami meninggal dunia selepas dihubungi pegawai TH pada 7 September lalu. Isteri mana tidak sedih suami yang sentiasa berada di sisi pergi buat selamanya dan disemadikan di tempat yang jauh dari tanah air.

“Namun, saya dan anak reda kerana suami meninggal dunia di Tanah Suci ketika menunaikan ibadat kepada Allah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tajau dekat sini sempena Sesi Ziarah Waris Jemaah Haji, hari ini.

Sesi ziarah itu dihadiri Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Badlisyah Abdul Ghani dan Timbalan Pengarah TH Sabah, Norsaiful Adlan.

Allahyarham Asli meninggalkan seorang isteri, selain lima anak hasil perkahwinan pertama, 23 cucu dan seorang cicit.

Sementara itu, Badlisyah berkata, kunjungannya dan pegawai TH ke kediaman waris jemaah yang meninggal dunia pada musim haji kali ini bertujuan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga, selain menyampaikan sumbangan Takaful Khairat Kematian berjumlah RM1,500, air zam zam serta kurma.

“Allahyarham Asli antara 11 jemaah Malaysia yang meninggal dunia pada musim haji kali ini. Pihak TH sudah menyempurnakan badal haji semua jemaah yang meninggal dunia,” katanya. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan