Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Warga tua terselamat dalam nahas di Kudat

eksiden
Anggota penyelamat dan orang ramai membantu mangsa kemalangan itu.

KUDAT – Seorang lelaki warga tua bernasib baik apabila terselamat selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya mengalami kemalangan jalanraya di sini sebentar tadi.

Kemalangan itu dipercayai berlaku selepas kenderaan mangsa hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di Jalan Sikuati Kudat kira-kira jam 8.00 malam Khamis.

Mangsa dikenali Wong Kim Siong, 50, berasal dari Jalan Airport, Kudat bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan dan dihantar oleh ambulans ke hospital untuk rawatan.

Difahamkan, mangsa yang memandu seorang diri, keluar sendiri dari kenderaan jenis Toyota Hilux itu, sebelum anggota penyelamat tiba di lokasi kemalangan tersebut.
– Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

 

Komen


Berita Berkaitan