Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,689

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Warga tua rugi RM100,000 wang tunai dirompak

1:41am 26/05/2016 Pak Roshan 924 views Jenayah,Mutakhir
KEADAAN cermin kereta yang dipecahkan oleh dua lelaki dalam rompakan di lampu isyarat Wawasan Plaza, Kota Kinabalu, semalam. - Foto Mohd Adam Arinin

KEADAAN cermin kereta yang dipecahkan oleh dua lelaki dalam rompakan di lampu isyarat Wawasan Plaza, Kota Kinabalu, semalam. – Foto Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Seorang warga tua mengalami kerugian kira-kira RM100,000 selepas wang tunai yang baru dikeluarkan dari sebuah bank dilarikan dua lelaki selepas memecah cermin keretanya ketika berhenti di lampu isyarat Wawasan Plaza, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, dua lelaki bermotosikal berhenti di sebelah kereta mangsa dan memecahkan cermin pintu kiri penumpang hadapan keretanya sebelum mengambil sampul berisi wang tunai yang diletakkan di tempat duduk kenderaan.

Mangsa kemudian melaporkan kejadian itu di Balai Polis Karamunsing, di sini, pada jam 12.26 tengah hari, semalam.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata wanita berumur 60 tahun itu dipercayai diekori dua lelaki bermotosikal terbabit selepas mangsa mengeluarkan wang dari bank.

“Mangsa menyimpan wang tunai dalam satu sampul surat dan beredar dari bank dengan memandu kenderaan jenis PERODUA Kembara.

“Ketika tiba di lampu isyarat Wawasan Plaza, seorang daripada suspek bermotosikal memecahkan cermin pintu penumpang hadapan keretanya dan mengambil sampul berisi wang tunai sebelum melarikan diri.

“Berdasarkan keterangan mangsa, lelaki berkenaan berpakaian kemas dengan penunggang motosikal memakai helmet berwarna putih manakala pemboncengnya memakai helmet berwarna hitam,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Chandra berkata polis menubuhkan pasukan khas untuk mengesan suspek kes dan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak bersendirian apabila berurusan dengan bank selain lebih berhati-hati apabila mengeluarkan wang tunai dalam jumlah yang banyak. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan