Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Warga Tua Jumpa Cicak Sepanjang 1.5 Meter

11:49am 07/12/2015 Pak Roshan 5374 views Global

lace-goanna-climbs-mans-house

SEORANG warga emas di Albury, New South Wales, Australia, menjumpai cicak sepanjang 1.5 meter yang sedang  merangkak naik di sebelah rumahnya apabila dia sedang membaiki kandang di belakang rumahnya.

Eric Holland mengambil gambar “raksasa cicak” itu dengan tenang dan menyerahkannya kepada akhbar tempatan beliau.

Gambar itu tidak lama kemudian menjadi viral di media sosial.

Holland berkata bahawa beliau telah tinggal di rumahnya selama 18 tahun dan tidak pernah menjumpai apa-apa haiwan sebesar dan sepelik itu.

Menurut pejabat Alam Sekitar dan Warisan New South Wales, cicak yang dijumpai itu dipanggil Goanna dan boleh berkembang lebih dua meter panjang dan berat sehingga 20 kilogram, tetapi mustahil untuk ditemui di sekitar Albury.

-MYNEWSHUB.CC

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan