Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Warga tempatan dipelawa sertai bengkel penyuntingan video pendek

Salleh (tengah) bergambar kenangan bersama para peserta bengkel.

KOTA BELUD: Warga tempatan yang berkemahiran menghasilkan video dipelawa menyertai Bengkel Penyuntingan Video yang diadakan pada sepanjang tahun ini.

Ketua Pengarah FINAS, Dato’ Fauzi Ayob berkata pihaknya akan berkolabrasi dengan NGO-NGO tempatan di Sabah untuk memberi peluang kepada mereka menyertai bengkel tersebut.

“Kita menyasarkan 30 hingga 50 peserta pada setiap bengkel dan saringan akan dibuat bagi insentif RM2000 kepada setiap kumpulan yang berjaya melahirkan skrip dan video terbaik yang akan dimuat naik ke YouTube.

“Maklumat lanjut berkenaan bengkel dan dana Mikro Fund boleh didapati di laman sesawang FINAS diwww.finas.gov.my atau hubungi 03-4104 1300,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penutupan Bengkel Penerbitan Asas Dokumentari dan Filem yang dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak sini, pada Jumaat malam.

Menurut Fauzi, bengkel anjuran Kelab Beliawanis Kota Belud dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) itu disertai 30 peserta.

“Bengkel ini dianjurkan bagi mendedahkan belia dan beliawanis di daerah ini untuk menceburkan diri dalam bidang seni kreatif.

“Ia merupakan kursus susulan untuk Bengkel Penulisan Skrip yang diadakan pada Mac lepas memberi pendedahan kepada para peserta mengenai teknik penerbitan sesebuah produksi dan seterusnya menerbitkan sebuah video dokumentari.

“Lima skrip terbaik terpilih menerima Dana RM2000 melalui Mikro Fund FINAS untuk menghasilkan dokumentari atau filem pendek.

“Sekiranya diberi lebih dorongan dan galakkan, bakat-bakat muda dapat dicungkil dengan lebih mendalam dan karya mereka boleh diangkat dan diketengahkan di peringkat lebih tinggi sehingga ke peringkat antarabangsa,” jelasnya./PENERANGAN-

Fauzi (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Salleh (kiri).

 

Komen


Berita Berkaitan