Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,696

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Warga Sk Pekan Kuala Penyu gotong royong bendung Virus Aedes dan Zika

12:45pm 27/09/2016 Elezebeth Esther Onjining 44 views Aktiviti,Tempatan
Mohd Fadzlee menyerahkan dua unit tong sampah sumbangan Majlis Daerah Kuala Penyu kepada Guru Besar Sk Pekan Kuala Penyu sempana program tersebut

Mohd Fadzlee menyerahkan dua unit tong sampah sumbangan Majlis Daerah Kuala Penyu kepada Guru Besar Sk Pekan Kuala Penyu sempana program tersebut

KUALA PENYU : Kira-kira 100 orang Pelajar Sk Pekan Kuala Penyu menyertai aktiviti gotong royong membersihkan persekitaran sekolah itu, baru- baru ini.

Menurut Guru Besar Sk Pekan Kuala Penyu, Ustaz Mail Haji Tahir program gotong royong yang turut disertai oleh para ibubapa dan guru-guru sekolah berkenaan bertujuan memupuk semangat kerjasama, perpaduan dan kesedaran khususnya di kalangan pelajar agar sentiasa mengutamakan aspek kebersihan.

“ Secara tidak langsung aktiviti ini juga memberi kesedaran kepada semua pihak supaya sentiasa cintakan alam sekitar dan menganggap  menjaga  kebersihan  merupakan tanggungjawab bersama “ katanya ketika ditemui selepas program tersebut.

 

Hadir sama dalam program tersebut ialah Pegawai  Eksekutif Majlis Daerah Kuala Penyu Haji Mohd Fadzlee Abdullah

Menurut Mohd Fadzlee, orang ramai tidak seharusnya meletakkan tanggungjawab menjaga kebersihan di kawasan perumahan dan pekan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) semata-mata.

Sebaliknya, katanya, semua pihak perlu sama-sama berganding bahu bagi memastikan persekitaran tempat tinggal mereka bersih dan indah.

Menurutnya Mohd Fadzlee yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Beaufort sudah tiba masa masyarakat mengubah mentaliti mereka seiring dengan usaha kerajaan menjadikan setiap bandar dan pekan di negeri ini sentiasa bersih dan menjadi daya tarikan kepada para pelancong asing melawat ke negeri ini.

Tambah Mohd Fadzlee  sikap dan kerjasama yang ditunjukkan  pelajar, guru guru ibubapa serta beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat dalam progrom gotoyong royong ini  perlu dijadikan contoh kepada  komuniti lain untuk mengadakan program yang serupa agar usaha menjaga kebersihan dan mengutamakan kesihatan menjadi budaya dalam kehidupan masyarakat

“Sebagai masyarakat yang bertamadun, kebersihan perlu diberi keutamaan apa lagi ianya amat dituntut oleh agama Islam,” katanya.-SayangSabah

Ibubapa bersama pihak Bomba berkerjasama membersihkan parti dan longkang di sekitar sekolah tersebut

Ibubapa bersama pihak Bomba berkerjasama membersihkan parti dan longkang di sekitar sekolah tersebut

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan