Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Warga pendidik main peranan lahir modal insan berkualiti

Nasir Sakaran (kiri) menyampaikan Anugerah Pertandingan Robotik Kebangsaan dan Antarabangsa kepada Mohd. Alif Rosli (dua kanan) dalam majlis Apresiasi Kecemerlangan Pejabat Pendidikan Daerah Semporna.
Nasir Sakaran (kiri) menyampaikan Anugerah Pertandingan Robotik Kebangsaan dan Antarabangsa kepada Mohd. Alif Rosli (dua kanan) dalam majlis Apresiasi Kecemerlangan Pejabat Pendidikan Daerah Semporna.

SEMPORNA – Warga pendidik menjadi pencetus ilmu yang memgemudi sesebuah masyarakat dan peranan mereka juga sangat signifikan dalam meneraju kegemilangan  masyarakat serta ummah sehingga mampu menjadi sebuah tamadun yang dihormati.

Untuk mencapai matlamat melahirkan modal insan yang berkualiti, tanggungjawab  tersebut  bukan sahaja diletakkan pada bahu guru-guru semata, malah ibu bapa juga perlu turut serta  membantu  mendidik  anak – anak mereka agar menjadi insan cemerlang dalam pelbagai aspek.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang, Datuk Nasir Sakaran berkata, kerjasama  itu  perlu agar ia selari dengan matlamat transformasi pendidikan negara untuk melahirkan modal insan cemerlang dan mampu bersaing diperingkat global.

“Membina sebuah masyarakat yang maju bukanlah suatu tugas yang mudah kerana warga pendidik berhadapan dengan tugas mengubah manusia menjadi insan yang berilmu dan berjasa.

“Mentransformasi manusia yang dikurniakan dengan dengan akal dan fikiran kepada yang tahu menggunakan ilmu yang disampaikan yang memberi manfaat kepada diri, masyarakat dan negara. Inilah secara linguistiknya, kita sebut sebagai melahirkan modal insan berkualiti,” katanya.

Nasir yang juga Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco) berkata demikian dalam ucapan perasmian majlis Apresiasi Kecemerlangan Pejabat Pendidikan Daerah Semporna di sini hari ini.

Dalam majlis itu, seramai 125 pelajar menerima sijil dan anugerah kecemerlangan dalam bidang akademik, sukan dan kokurikulum.

Mengenai majlis tersebut, beliau berkata, ia merupakan program yang memberi pengiktirafan kepada kejayaan para pelajar di daerah berkenaan yang telah menujukkan prestasi cemerlang dalam bidang pendidikan, sukan dan kokurikulum sekolah.

Pada masa yang sama, beliau berharap agar para pelajar di negeri ini akan terus berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan terutamanya dalam bidang pendidikan. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan