Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Warga pendidik digesa mantapkan teknik pengajaran

Sairin menyampaikan sijil Sarjana Pendidikan kepada Ketua Puteri Umno Pensiangan Norhafizah Muhamin salah seorang penerima. - foto Kalawon Sawing
Sairin menyampaikan sijil Sarjana Pendidikan kepada Ketua Puteri Umno Pensiangan Norhafizah Muhamin salah seorang penerima. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU –  Warga pendidik di negeri ini perlu menambah ilmu pengetahuan sebagai syarat utama dalam memastikan usaha mencapai kecemerlangan pendidikan nasional negara dapat direalisasikan.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Sairin Karno berkata, pengetahuan yang luas dalam kalangan warga pendidik dapat melahirkan lebih ramai golongan modal insan berkemahiran tinggi pada masa akan datang.

“Selain mendapat pelbagai pengetahuan ia juga menjadi medium kepada warga pendidik memantapkan lagi teknik penyampaian pembelajaran di sekolah dengan lebih berkesan terutamanya bagi warga pendidik yang berada di luar bandar yang masih serba kekurangan tenaga pengajar dan kelengkapan kemudahan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan majlis penganugerahaan khas Sijil Sarjana pendidikan kepimpinan dan pengurusan pendidikan UNITAR International University di sini hari ini.

Dalam majlis itu, seramai 64 warga pendidik sekitar pedalaman menerima sijil, sementara itu seorang pelajar sekolah menengah Keningau 1 menerima Anugerah Pelajar Terbaik daripada UNITAR . – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan