Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,746

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Warga MPt diseru berkhidmat dengan ikhlas

7:54pm 05/02/2016 Ann Vivien 68 views Isu Semasa,Tempatan

 

Majlis Perbandaran Tawau-www.etawau.com

Majlis Perbandaran Tawau-www.etawau.com

TAWAU: Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) yang baharu, Alijus Sipil menyeru seluruh warganya terus berkhidmat dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas dalam melaksanakan amanah diberi kerana nilainya amat besar kepada kemajuan daerah ini.

“Ini juga bermakna, kita perlu saling bantu-membantu di antara satu sama lain dan terus bergerak sederap dan seiring dalam memastikan agenda dirancang dan direncanakan mampu dilaksanakan dengan lebih cemerlang,” katanya.

Tambahnya, selaku presiden yang baharu, beliau akan meneruskan dasar dan program yang sudah diatur sebelum ini dengan penekanan khusus kepada usaha membangun dan memperkasakan perbandaran Tawau serta mempertingkatkan penyampaian khidmat kepada awam.

Alijus berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Jasamu Dikenang sempena Perpisahan Mantan Presiden, Datuk Ismail Mayakob dan mengalu-alukan beliau selaku presiden MPT yang baharu di Dewan Sri Tanjung Sin Onn, malam tadi.

Majlis disempurnakan Menteri Belia dan Sukan Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan turut dihadiri Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Pang Yuk Ming serta para pemimpin tempatan, pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dan persekutuan serta kakitangan MPT.- Oleh Alanna Adam/Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan