Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Warga Malaysia Dipenjara, Simbah Air Panas Rakan Sekerja

12:52pm 13/04/2016 Pak Roshan 2847 views Aktiviti,Global,Mutakhir

pour_00

Kian-Wee Show 28, berang dengan rakan sekerjanya selepas lelaki itu bertindak mengambil sepotong sosej dari pinggan teman wanitanya bertindak menyimbah air panas pada rakan sekerjanya itu.

Show seorang warganegara Malaysia yang berkerja di Turners and Growers di Whakatu berdekatan Hasting, New Zealand telah menyerang rakan sekerjanya Bin Wu yang berasal dari China pada Julai tahun lalu.

pour_00

Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), Show jelas kelihatan sedang duduk di salah satu meja di kafetaria itu sedang makan tengahari kemudian bertindak mengambil sebaldi air panas dan berjalan ke arah mangsa lalu menyimbah mangsa di kepala dan belakang badan.

Dalam kejadian itu, Wu terpaksa menerima rawatan di hospital selama dua minggu akibat melecur dan mungkin memerlukan masa selama dua tahun lagi untuk pulih sepenuhnya.

simbah2

“Saya tidak mengenali lelaki itu. Sehari sebelum kejadian, terdapat sepotong sosej di kafetaria itu. Saya mengambil sosej yang terakhir itu.

“Saya tidak menyangka seseorang akan bertindak sedemikian rupa. Bukan saya atau pekerja lain… saya tidak tahu apa masalah dengan otak lelaki itu,” jelas Wu kepadastuff.co.nz

simbah

Show dijatuhi hukuman penjara lima tahun tujuh bulan di New Zealand selepas menyimbah kepala rakan sekerjanya dengan air panas oleh hakim Geoff Rea di Mahkamah Daerah Napier pada Selasa.

Menurut hakim itu, ramai orang mengalami tekanan namun tidaklah mengambil jalan keluar dengan mencurah air ke atas orang lain, dan serangan itu adalah berpunca dari perkara yang kecil sahaja. -MYNEWSHUB.CC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan