Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Warga KKMM perlu cari titik keseimbangan dalam kehidupan

4:25pm 20/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 5 views Tempatan
Mohd Ali (empat dari kiri) bersama Ibrahim (tiga dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang  penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Mohd Ali (empat dari kiri) bersama Ibrahim (tiga dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

KOTA KINABALU- Warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) disaran mencari titik keseimbangan dalam kehidupan sebagai penjawat awam yang cemerlang.

Timbalan Ketua Setiusaha (Operasi) KKMM, Dato’ Dr. Mohd Ali Mohamad Noor berkata, warga kementerian perlu memberikan fokus diantara kerja, diri sendiri dan kehidupan berkeluarga kerana kesemua elemen tersebut saling berkait.

“Sudah pasti kita tidak dapat laksanakan tugas dengan berkesan sekiranya jatuh sakit atau mempunyai masalah keluarga, oleh itu, seimbangkan antara komitmen kerja, diri sendiri dan keluarga agar tidak terabai salah satunya.

“Ianya akan membentuk penjawat awam yang ceria dan berproduktiviti tinggi,” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2015 dan Jasamu Dikenang KKMM Tahun 2016 Peringkat Negeri Sabah semalam.

Beliau merakamkan penghargaan kepada kakitangan yang telah dan akan bersara di atas segala sumbangan yang dicurahkan dengan penuh dedikasi sepanjang dalam perkhidmatan.

Beliau berharap agar mereka yang bersara dapat mengeratkan hubungan silaturahim dengan keluarga, rakan-rakan, jiran tetangga, serta masyarakat sekeliling.

” Manfaatkan sepenuhnya masa terluang dengan melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan agar hubungan erat akan terus terjalin antara satu sama lain,” tambahnya lagi.

Disamping itu, seramai 76 orang pegawai dan kakitangan agensi di bawah KKMM Sabah dan W.P Labuan seperti Jabatan Penerangan Malaysia, Jabatan Penyiaran Malaysia, Jabatan Hal Ehwal Khas, BERNAMA dan FINAS menerima sijil penghargaan dan sijil simpanan premium sebanyak RM 1000.00.

Manakala 39 orang pegawai dan kakitangan yang telah dan bakal bersara juga menerima sijil penghargaan.

Turut hadir Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KKMM, Dato’ Abdul Rahman Mohamad, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Dato’ Ibrahim Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Almain Ajirul , Ketua-ketua Jabatan serta Agensi di bawah KKMM.- SayangSabah

KENANGAN... Mohd Ali merakam gambar kenangan bersama para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan sijil penghargaan pesara

KENANGAN… Mohd Ali merakam gambar kenangan bersama para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan sijil penghargaan pesara

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan