Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Warga Kementerian Pertahanan Sokong Dan Taat Bantu Kerajaan

pertahanan

KOTA KINABALU: Warga Kementerian Pertahanan khususnya di Sabah perlu memberi sokongan dan ketaatan dalam membantu kerajaan melaksanakan program-program yang dirancang untuk manfaat rakyat.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) kementerian Datuk Jalil Marzuki berkata menerusi sokongan yang tidak berbelah bahagi itu mereka akan dapat membantu melaksanakan arahan dan dasar-dasar kerajaan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

“Setiap (warga kementerian sebagai) penjawat awam adalah agen tranformasi paling hadapan dalam perantaraan antara rakyat dan kerajaan untuk memberikan khidmat murni tanpa mengira tempat, masa dan rupa,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 dan Jasamu Dikenang 2014 di Lembaga Tabung Haji, Sembulan dekat sini Jumaat.

Jalil berkata penjawat awam juga harus bersedia menerima realiti dan perubahan zaman selain melengkapkan diri dengan ilmu, kemahiran serta kebolehan tertentu.

Beliau berkata keupayaan ilmu pengetahuan yang ada akan menjadi benteng hadapan untuk menangkis dan memperbetul tohmahan-tohmahan yang dilemparkan oleh sesetengah pihak kepada kerajaan.

Pada majlis itu, Jalil menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada 47 warga kementerian pertahanan cawangan Sabah dan 17 Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang kepada mereka yang akan bersara tahun ini.

Sementara itu, Pengarah Mindef cawangan Sabah Nor Akmal Abdul Manap berkata terdapat 635 orang kakitangan Mindef di Sabah yang terdiri daripada kumpulan pengurusan dan profesional, kumpulan sokongan satu dan dua.

“Mereka yang bersara pada tahun ini telah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 tahun dan menyumbang 57,600 jam kepada perkhidmatan masing-masing,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan