Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Warga JaPen Sabah perlu ada keyakinan diri tinggi – Swady

Kota Kinabalu : Warga Jabatan Penerangan (JaPen) perlu sentiasa mempunyai pengetahuan dan keyakinan diri dalam melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanahkan.

Pengarahnya, Swady Guliling berkata ini semua penting bagi menonjolkan imej jabatan dan memastikan bahawa kewujudan JaPen masih releven pada masa ini.

“Lebih-lebih lagi sekarang semua kakitangan JaPen akan menghadapi banyak tanggungjawab dan kerja-kerja yang memerlukan persiapan dari segi minda dan fizikal,” katanya.

Swady turut menggesa Kakitangan JaPen Sabah agar dapat memahirkan diri dalam memahirkan diri dalam menguasai media sosial agar dapat membantu kerajaan dalam menyebarkan dasar-dasar kerajaan kepada masyarakat.

“Selain itu warga JaPen perlulah sentiasa pastikan berita yang disebarkan adalah berita yang sahih dan benar bagi mengelakkan salah faham kepada masyarakat,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan amanat di Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 2/2018 di Wisma Dang Bandang, petang tadi. yang turut dihadiri Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Supian Musa.

Sebelum itu,JaPen Sabah turut mengadakan Taklimat Photoshop dan Portal 1Malaysia, Taklimat Mobile Video Clips, Taklimat Pengurusan Laporan Aktiviti, Taklimat Laporan Pengurusan Media PRU14 dan Taklimat Pengurusan Laporan PRU14 kepada seluruh pegawai samada dari peringkat lapangan mahupun bahagian./Penerangan-

Swady ketika menyampaikan amanat kepada kira-kira 350 warga JaPen Sabah.

Komen


Berita Berkaitan