Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Warga JaPen Sabah digesa mantapkan kepekaaan, kesiapsiagaan – Swady

KOTA KINABALU : Warga Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah digesa terus memantapkan kepekaan dan kesiapsiagaan dalam menjalankan tugasan harian.

Pengarahnya, Swady Guliling berkata antara perkara yang perlu diterapkan adalah menetapkan aras yang tinggi dengan membudayakan aplikasi internet secara meluas.

“Perkara ini menjadi keperluan utama bagi warga JaPen Sabah agar dapat bertindak segera sejajar dengan ledakan teknologi maklumat terutama ketika menyampai dan menyebarkan maklumat kepada masyarakat.

“Ketika ini, kesiapsiagaan kita dalam memberi tindakan semasa bertugas masih di tahap yang sederhana, tetapi ia tidak bermakna kita tidak bersedia, cuma kesedaran ini perlu ditingkatkan lagi dari masa ke semasa.

“Justeru, kita perlu mencabar diri dengan menetapkan matlamat di tahap tinggi yang kita boleh capai, barulah kita memperoleh kepuasan bekerja,” ujar beliau.

Pada majlis itu juga, beliau menyarankan agar semua anggota JaPen membudayakan penggunaan aplikasi internet dalam melancarkan tugasan harian.

“Kini, kita sudah sampai tahap internet of things di mana apa jua yang kita lakukan menggunakan aplikasi internet dalam menjalankan tugasan.

“Oleh itu, kita perlu bersedia berubah dan tidak malu belajar menggunakan aplikasi ini dan para Pegawai Penerangan selepas ini tidak lagi menyimpan fail dalam kabinet, sebaliknya dokumen disimpan dalam alam maya.

“Ini penting bagi memudahkan kita mengakses fail yang diperlukan di mana-mana dan pada bila-bila masa apabila diperlukan,” jelasnya.

Swady berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada sesi perjumpaannya dengan warga Bahagian Pantai Barat Selatan yang diketuai Pegawai Penerangan Bahagian Pantai Barat Selatan, Peter Tong Ah Pin di Wisma Dang Bandang dekat sini, pagi tadi.

Selain daripada itu, Swady turut mengingatkan Pegawai Penerangan agar memastikan setiap Pejabat Penerangan Daerah berada di dalam suasana yang kondusif, selesa dan selamat./Penerangan-

KHUSYUK… Warga JaPen khusyuk mendengar amanat yang disampaikan oleh Swady.

Komen


Berita Berkaitan