Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Warga JaPen Perlu Ubah Cara Berfikir dan Bekerja Selaras Tuntutan Semasa

Norzawiyah semasa menyampaikan amanat.

KOTA KINABALU : Warga Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah perlu mengubah cara berfikir dan bekerja selaras dengan tuntutan semasa bagi memastikan hala tuju Jabatan sentiasa relevan.

Pengarahnya, Norzawiyah Bulka berkata, untuk memenuhi kehendak dan keperluan kini maka setiap pegawai JaPen harus membudayakan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan kemajuan teknologi yang semakin mencabar agar terus relevan selain mampu bersaing dalam penyampaian maklumat terus kepada rakyat.

“Selaku Jabatan yang bertanggungjawab memasarkan dasar-dasar kerajaan dan maklumat terkini adalah menjadi kewajiban setiap Pegawai Penerangan untuk mengaktifkan diri dalam media sosial bagi membantu jabatan dalam membina jaringan komunikasi strategik melalui pelbagai medium termasuklah bersifat konvesional.
“Selain itu, sebagai penjawat awam juga mestilah berkhidmat dengan penuh rasa tanggungjawab, amanah dan ikhlas kepada kerajaan semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan amanat sempena Majlis Perhimpunan Bulanan JaPen Sabah di Wisma Dang Bandang, pagi Isnin.

Tambahnya, setiap anggota dan pegawai wajib mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan pegawai awam yang telah ditetapkan.

Norzawiyah juga mengajak setiap pegawai supaya sentiasa mengamalkan budaya berkerjasama bagi merealisasikan harapan dan agenda pembangunan minda masyarakat melalui program dan aktiviti jabatan.

Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Yunus Saprin dan Pengarah Bahagian Khidmat Keurusetiaan ESSCOM, Raymie Amiril./PENERANGAN-

Gambar kenangan bersama para pegawai JaPen Sabah.

Komen


Berita Berkaitan