Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Warga Iran Dijatuhi Hukuman Gantung Edar Methamphetamine

wargairan

SHAH ALAM: Seorang tukang kasut warga Iran dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas didapati bersalah mengedar 542.6 gram dadah methamphetamine, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Akhtar Tahir menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh, Hadi Javaditale Ghorban, 35.

Lelaki itu hanya tunduk di dalam kandang tertuduh ketika hakim menjatuhkan hukuman itu terhadapnya.

Ghorban didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, pada 8 malam, 2 Sept 2012.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Iswa Tonie.

Komen


Berita Berkaitan