Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,643

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Warga Indonesia ditikam

7:53pm 09/01/2016 Ann Vivien 106 views Jenayah,Tempatan
Douglas menunjukkan Pisau Bugis yang disyaki digunakan oleh suspek menikam mangsa.

Douglas menunjukkan Pisau Bugis yang disyaki digunakan oleh suspek menikam mangsa.

KENINGAU: Seorang lelaki warga Indonesia yang bekerja sebagai tukang belah kayu nyaris maut ditikam dengan pisau Bugis oleh seorang lelaki yang juga warga Indonesia di rumah kongsi Kem Tajuk Maju Sinua Sook pada 5 Januari lepas.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) Douglas Nyeging Taong berkata, polis menerima panggilan telefon daripada staf Klinik Kesihatan Kg. Mansiat Sook lebih kurang 8.17 malam mengatakan seorang lelaki kena tikam dan sedang dalam perjalanan ke Hospital Keningau untuk rawatan lanjut.

Katanya, bertindak atas maklumat, Pegawai Penyiasat dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Keningau Inspektor Siti Fatimah bersama anggota telah berjumpa dengan mangsa Ajis Bin Usup 37, bangsa Buton di Hospital Keningau.

“Hasil pemeriksaan doktor pada badan mangsa mendapati terdapat kesan tikaman di belakang badang sebelah kanan panjang lebih kurang 1.5 sentimeter dan kesan tikaman di atas perut sebelah kiri berdekatan jantung panjang lebih kurang satu sentimeter. Doktor yang bertugas pada ketika itu mengsyaki terdapat luka pada jantung dan berlaku pendarahan dalaman” katanya kepada dalam sidang media di IPD di sini pada Jumaat.

Jelasnya, mangsa yang beralamat Kg. Merotai Simpang Tiga Tawau itu telah dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut sehingga sekarang dan mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil. Sementara itu suspek yang berumur 32 tahun berjaya ditangkap oleh sepasukan polis dari JSJ IPD Keningau dan Balai Polis Tulid  lebih kurang jam 11.20 malam pada hari kejadian.- Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan