Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Warga Indonesia diminta hentikan kegiatan perikanan di Sabah

 

TAWAU, 13 Sept (Bernama) – Konsulat Republik Indonesia (KRI) di Tawau meminta semua warga republik itu yang bekerja dalam industri perikanan termasuk nelayan di kawasan perairan Sabah supaya menghentikan kegiatan mereka untuk sementara waktu.

KRI dalam satu kenyataan kepada media berkata pemilik kapal Malaysia turut diminta mengambil berat arahan tersebut agar tidak melakukan aktiviti perikanan membabitkan warga Indonesia pada ketika ini.

Kenyataan itu menyebut, tindakan itu diambil ekoran kejadian penculikan dua warganya di perairan Pulau Gaya di Semporna pada Selasa lepas.

Notis dari Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau menasihatkan kapal menangkap ikan dengan kru Indonesia supaya tidak ke laut. Gambar SNT/Ehsan FB KRI Tawau

Menurut kenyataan itu lagi , arahan tersebut adalah sehingga keadaan kembali aman dan memperoleh jaminan keamanan daripada pihak berkuasa.

Pada Selasa, dua warga Indonesia dikenali sebagai Samsul Saguni, 40, dan pembantunya Usman Yunus, 35, dipercayai diculik oleh kumpulan culik untuk wang tebusan pada jam 12.30 tengah malam.

Bagaimanapun Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman yang telah melakukan tinjauan udara di lokasi kejadian ketika ditemui media pada Rabu mengesahkan bahawa keselamatan di perairan Sabah kini dalam keadaan terkawal.

Kata Mohd Azis, pasukan keselamatan mengambil langkah mempergiat dan memperketat pengawasan di kawasan perairan khususnya di Semporna dan tidak berlaku situasi panik selepas berlakunya kejadian itu.

–BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan