Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Warga Filipina Dipenjara 18 Bulan Miliki Dokumen Palsu

gambar hiasan
gambar hiasan

TAWAU : Mahkamah Sesyen Tawau hari ini menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan ke atas seorang lelaki warga Filipina selepas mengaku bersalah memiliki dokumen pengenalan diri palsu (IMM13).

Hakim Ummu Kalthom Abd Samad memerintahkan Hajail Kadil, 30, menjalani hukuman itu mulai hari ini.

Ummu Kalthom juga memerintahkan Hajail dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman tersebut.

Hajail dituduh melakukan perbuatan itu pada 29 Mei lepas, kira-kira 9 pagi, di sekitar Teluk Cowie di sini.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan