Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Warga Esscom turut bertafakur, hormati mangsa MH17

esscom bertafakur

LAHAD DATU 22 Ogos – Meskipun sibuk menjalankan tugas harian untuk menjaga keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone), anggota keselamatan dan pertahanan Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom) tidak ketinggalan menyertai jutaan rakyat Malaysia di seluruh negara bertakafur selama seminit bagi menghormati mangsa pesawat MH17.

Upacara ringkas yang diadakan di ibu pejabat Esscom itu diketuai Komandernya, Datuk Abdul Rashid Harun.

Turut hadir Timbalan Komander Esscom, Brig. Jen. Subari Tomo; Pengarah Maritim Esscom Laksamana Pertama Maritim, M. Karunanithi; Ketua Komponen Pusat Operasi Esscom, Brig. Jen. Tuan Roslan Tuan Ismail dan Penanggung Tugas Ketua Pegawai Eksekutif esscom (CEO) Dr. Jafri Abdul Jalil.

Esscom yang ditubuhkan pada 1 April susulan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Tanduo, Lahad Datu dipertanggungjawab menyelaras operasi pelbagai agensi keselamatan dan pertahanan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Esszone.

Esszone meliputi 10 daerah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Kinabatangan, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Tawau dan Semporna.

Komen


Berita Berkaitan