Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

WARGA EMAS RENTUNG DALAM KEBAKARAN HUTAN

Mayat warga emas itu dibawa keluar dari kawasan hutan yang baru terbakar. Gambar SNT/Ehsan Bomba Kudat

KUDAT: Seorang warga emas ditemui rentung dalam kebakaran di kawasan hutan Kampung Terongkongan, Kudat di sini.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat PBK II, Sentay Bakau berkata, mangsa dikenali sebagai Mongulin Jumahil, 70, ditemui oleh beberapa penduduk kampung di situ semasa melakukan pemadaman di hutan tersebut.

“Mangsa ditemukan oleh penduduk kampung (dalam keadaan rentung) di kawasan hutan itu dan segera memaklumkan kepada pihak bomba dan polis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sentay berkata, usaha memadam kebakaran seluas lapan hektar itu pada mulanya dilakukan oleh penduduk kampung sebelum anggota bomba seramai 11 orang tiba di tempat kejadian pada pukul 1.03 minit petang.

Katanya, Balai Bomba dan Penyelamat Kudat menerima panggilan kecemasan daripada penduduk kampung, kira-kira pukul 12.35 tengah hari ini.

Beliau memberitahu, bomba membuat operasi pemadaman menggunakan pemerap api sehingga api dapat dikawal dan dapat mengeluarkan mayat mangsa daripada kawasan hutan itu.

“Operasi berjaya dikawal daripada merebak ke kawasan perkampungan dan kebun penduduk kampung. Ia tamat pada pukul 3.08 minit petang tadi,” katanya. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan