Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,710

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Warga emas parah dalam kemalangan melibatkan 4 buah kenderaan

4:13pm 13/10/2016 Leolerry Lajius 553 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

kemalangan

TUARAN: Seorang wanita warga emas parah selepas kenderaan yang dinaiki mangsa terbabit dalam satu kejadian kemalangan yang melibatkan empat buah kenderaan yang berlaku di Jambatan Mengkabong, di sini, petang tadi

Mangsa Jariah Bt Sabang, 90, parah dalam kejadian yang melibatkan pertembuangan empat buah kenderaan iaitu Nissan Vanette, Perodua Myvi, Nissan Navara dan Lori.

Mangsa telah dikeluarkan oleh pasukan bomba dan diserahkan kepada pihak ambulan untuk rawatan lanjut.

Pihak bomba telah menerima makluman mengenai kejadian berkenaan pada jam 2.40 petang dan tiba di lokasi kejadian sejauh 13 kilometer itu pada jam 2.52 petang.

Operasi yang diketuai oleh PBKII Surin Sipang bersama lapan orang anggota itu tamat pada jam 3.25 petang.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

whatsapp-image-2016-10-13-at-3-59-10-pm

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan