Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,669

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Warga emas meninggal dalam keadaan duduk

10:20pm 18/06/2016 Leolerry Lajius 1420 views Tempatan

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga emas berusia 51 tahun, ditemui meninggal dalam keadaan duduk di salah sebuah restoran, di sini, petang tadi.

Siasatan awal mendapati maklumat telah diterima daripada pekerja restoran yang memaklumkan mangsa telah masuk ke dalam tempat kejadian seorang diri dan kemudiannya duduk di kerusi tanpa memesan makanan.

Pekerja di dalam tempat kejadian kemudiannya meminta mangsa untuk memesan makanan tetapi mangsa enggan dan berkata hanya mahu berehat.

Setelah lama mangsa duduk di kerusi, pekerja dapati kepala mangsa telah tertongeng ke belakang dan apabila takut berlaku sesuatu keatas mangsa, pekerja kemudiannya telah menelefon Gerakan IPD KK dan meminta bantuan.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, pemeriksaan pada beg sandang yang dipakai oleh mangsa tidak menjumpai apa-apa dokumen pengenalan diri dan pertanyaan lanjut keatas pekerja ditempat kejadian mendapati mangsa sering kali duduk dan berehat di lokasi bersama dengan beberapa orang rakan mangsa tetapi hanya berseorangan pada hari kejadian.

“Perkerja ditempat kejadian memaklumkan pada jam 12.00 tengahari mangsa telah datang dan masuk lalu duduk dikerusi dan lebih kurang setengah jam, mangsa dilihat menyandar di kerusi dan kepala dalam keadaan tertonggeng kebelakang tetapi pekerja tidak hiraukan kerana disangkakan sedang tidur.

“Pada jam 2.45 petang keadaan mangsa masih sama menyebabkan pekerja di tempat kejadian bimbang jika berlaku sesuatu ke atas mangsa lalu menghubungi polis dan memaklumkan mangsa pengsan,”katanya.

Punca kematian belum dikenalpasti dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan