Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Warga emas mengaku salah rogol cucu

1:48pm 02/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 579 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang lelaki warga emas mengaku salah di Mahkamah Sesyen, disini, hari ini atas kesalahan merogol cucunya yang berusia 19 tahun.

Walau bagaimanapun, Hakim Ainul Shahrin Mohamad tidak mengambil sebarang pengakuan salah dari tertuduh disebabkan ketiadaan laporan perubatan mangsa.

Tertuduh, 55 mengaku melakukan kesalahan tersebut di dalam rumah di sebuah kampung, Tamparuli, pada jam 8 malam, 17 Februari lalu.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh akan dihukum dibawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan.

Mahkamah menetapkan tarikh 28 Mac depan untuk fakta dan hukuman manakala tertuduh diarah untuk ditahan di penjara sehingga sebutan semula kes.- Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan