Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,674

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Warga Emas Melecur Kaki Selamatkan Diri Dalam Kebakaran

3:42pm 20/05/2016 Pak Roshan 127 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

SANDAKAN : Seorang wanita warga emas melecur di kedua-dua tapak kakinya dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah di Taman Po Hing, dekat sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Mohd Razali Awang Ahmad berkata mangsa, Soling Gras Albqo, 63, cedera ketika menyelamatkan diri dengan meredah api yang sedang marak di rumahnya.

Katanya mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent di sini oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan dirawat sebagai pesakit luar.

“Seramai 10 anggota bersama empat jentera dan dua kenderaan utiliti dihantar ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.22 malam,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya api dapat dikawal daripada merebak dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan