Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Warga Emas Maut Nahas Jalan Raya Di Tongod

kemalangan
gambar hiasan

KINABATANGAN : Seorang warga emas maut selepas kereta yang dipandunya dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 26 Jalan Tongod-Telupid, semalam.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt A. Sahak Rahmat berkata mangsa yang maut adalah seorang lelaki berumur 71 tahun.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, katanya mangsa dalam perjalanan dari Telupid ke Simpang Penangah, manakala kenderaan pacuan empat roda berkenaan dari arah Tongod ke Telupid.

Katanya ketika sampai di Simpang Penangah, kereta dipandu mangsa membelok ke kanan menuju Simpang Penangah, manakala kenderaan pacuan empat roda itu, yang datang dari arah Tongod telah merempuh kereta mangsa.

Akibat pelanggaran tersebut, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu pacuan empat roda berusia 35 tahun itu tidak mengalami kecederaan, katanya dalam kenyataan, hari ini.

A. Sahak berkata siasatan awal mendapati punca kemalangan disebabkan kecuaian mangsa kerana membelok ke kanan jalan untuk masuk ke Penangah tanpa memberi laluan kepada kenderaan yang bergerak terus.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan