Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,423

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Warga Emas Lemas Ketika Menangkap Ikan Di Penampang

9:21pm 21/04/2017 Pak Roshan 1566 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

KOTA KINABALU, 21 April : Seorang lelaki warga emas ditemukan mati lemas selepas dilaporkan hilang semalam ketika memasang bubu (alat menangkap ikan) di sungai Kampung Kiambu, Penampang dekat sini petang tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata mangsa Martin Hnkee, 74, ditemukan oleh pasukan penyelamat bomba dengan bantuan orang ramai kira-kira pukul 3.55 petang.

“Laporan mengenai kehilangan mangsa diterima daripada anaknya kira-kira pukul 8.45 malam semalam dan kita telah menghantar sepasukan lapan anggota bomba untuk mencari dan menyelamat sejurus laporan diterima,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda