Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Warga emas, kanak-kanak nikmati PI1M

Kelihatan tiga beradik dari umur dua hingga enam tahun sedang melayari internet di PI1M Kampung Bambangan. - foto Aryan De Vera
Kelihatan tiga beradik dari umur dua hingga enam tahun sedang melayari internet di PI1M Kampung Bambangan. – foto Aryan De Vera

MEMBAKUT – Kewujudan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di Kampung Bambangan, di sini bukan saja membawa banyak manfaat kepada belia tetapi juga memberi pendedahan tentang dunia tanpa sempadan kepada golongan warga emas di kawasan itu.

Rata-rata golongan warga emas di kampung itu tidak melepaskan peluang untuk turut sama mempelajari dan meneroka dunia tanpa sempadan’ yang disediakan kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) itu.

Bagi bekas Imam Masjid Pekan Membakut, Muhammad Anshalui, 72, faktor umur tidak menjadi masalah bagi beliau mempelajari aplikasi komputer melalui beberapa kelas pembelajaran yang disediakan secara percuma di PI1M.

“Walaupun dikira agak terlambat jika dibanding dengan anak muda lainnya, namun saya mampu mengakses maklumat yang saya ingini khususnya berkaitan aspek keagamaan menerusi kemudahan internet di pusat ini. Penghargaan turut diberikan kepada wakil rakyat kawasan ini atas inisiatifnya hingga PI1M dapat diwujudkan di kampung ini,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Perasmian PI1M oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut, Datuk Ariffin Mohd Arif, di sini hari ini.

Sementara itu, Ariffin yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri meminta SKMM untuk memperluaskan lagi kemudahan itu dengan menambah PI1M di beberapa kawasan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut. – oleh Aryan de Vera / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan