Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Warga emas hilang dua malam ditemui semula

Jarip (tengah) bersama beberapa anggota polis dan penduduk. - foto Kalawon Sawing
Jarip (tengah) bersama beberapa anggota polis dan penduduk. – foto Kalawon Sawing

TENOM – Setelah dua malam `hilang’ di hutan, seorang warga emas, Jarip Kurupong, 77, akhirnya ditemui oleh sekumpulan penduduk pagi ini, kira-kira 500 meter dari rumah tepi sawah miliknya di Kampung Lagud, di sini.

Jarip dilaporkan hilang isterinya, Tudiom Ramut, 55, yang menyedari suaminya itu tidak pulang ke rumah pada sebelah malam sehingga kira-kira 4.30 pagi pada 29 Mac sewaktu keluar hutan mencari akar kayu untuk dijadikan ubat.

Ketua Polis daerah, Deputi Superitendan Mohd Firdaus Abdullah berkata, mangsa ditemui dalam keadaan stabil oleh sepasukan pencari yang terdiri daripada 20 pegawai dan anggota polis termasuk lima daripada Unit K9 dan unit anjing pengesan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah, bomba dan 23 orang awam.

“Berikutan kehilangan warga emas itu, warisnya dan penduduk kampung telah mencari mangsa pada pagi 29 Mac di kawasan hutan berhampiran kemudaian memaklumkannya kepada pihak bomba pada jam 7 malam dan polis pada jam7.30 malam.

“Walau bagaimanapun katanya, warga emas itu hanya dapat dijumpai setelah dua malam dalam hutan. Selepas ia dijumpai polis menasihatkan keluarganya agar membawanya ke Hospital Tenom untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan,” katanya. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan