Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Warga emas ditemui rentung di Kunak

KUNAK: Seorang perempuan warga emas ditemui rentung selepas rumah kediaman mangsa terbakar di Kampung Pangi Hujung di sini kira-kira jam 2.24 pagi tadi.

Mayat mangsa dikenalpasti sebagai Napsah binti Araki berumur 65 tahun itu ditemui oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berhampiran pintu keluar rumah terbabit  sebaik operasi pemadaman api selesai.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam JBPM Negeri, Mohd Affendy K.Ramin, sepasukan 10 anggota JBPM mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengawal dan memadam api kebakaran itu.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian dalam kejadian itu masih disiasat,” katanya. – oleh Nuzir Andi Samsiar / SayangSabah

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Komen


Berita Berkaitan