Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Warga emas ditemui meninggal di bilik sebuah hotel

mayat
Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Seorang warga emas ditemui meninggal di tingkat 3 salah sebuah hotel di sini oleh pekerja hotel tersebut yang datang ke bilik mangsa untuk menghantar makanan kelmarin.

Mangsa Chin Lee Min, 58 tahun ditemui terbaring di bilik yang disewanya oleh salah seorang pekerja hotel tersebut dan terus bertindak menghubungi pihak polis.
Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra mangsa telah menginap di hotel tersebut sejak 3 December tahun lalu sehingga ditemui meninggal di bilik yang disewanya kelmarin.

“Siasatan lanjut keatas si mati di tempat kejadian dapati tiada kesan-kesan kecederaan pada bahagian luar fizikal si mati. Barang-barang milik si mati seperti beg duit, sebuah beg kecil mengandungi pelbagai ubat-ubatan,”katanya.

Mangsa telah dihantar ke hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat dan siasatan lanjut diteruskan.-Oleh  Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan