Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Warga emas dipercayai terjun dari jambatan Pegalan ditemui lemas

Keadaan mayat warga emas terjun jambatan yang ditemui kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.
Keadaan mayat warga emas terjun jambatan yang ditemui kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.

KENINGAU-  Warga emas yang dipercayai terjun dari Jambatan Pegalan lebih kurang jam 1.50 petang pada Isnin ditemui mati lemas berhampiran kuari Mili Hasil Kampung Banjar  kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintenden Polis ( DSP ) Douglas Nyeging Taong berkata,   mangsa Tan Kim Sin 79, berasal dari Taman Bersatu Keningau ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 10.00 pagi pada Selasa.

Katanya, mangsa dijumpai oleh pasukan operasi yang dianggotai pasukan Bomba dan Penyelamat, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan RELA  yang meneruskan operasi mencari dan menyelamat.

“Mangsa gagal ditemui pada hari kejadian kerana hari sudah gelap dan cuaca yang tidak mengizikan” katanya ketika dihubungi kelmarin.

Katanya,  mayat mangsa dihantar ke Hospital Keningau untuk dibedah siasat dan pengecaman ahli keluarga.- Oleh KALAWON SAWING / sayangsabah

Mayat dijumpai di sungai Pagalan.
                                        Keadaan mayat ketika ditemui

 

Komen


Berita Berkaitan