Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

WARGA EMAS BELUM DITEMUI

KOTA BELUD: Usaha mencari dan menyelamat seorang warga emas berusia 86 tahun yang hilang sejak Jumaat lalu di Kampung Taburan masih gagal.

Dalam satu kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, operasi SAR yang dijalankan seawal jam 7 pagi tadi antara pasukan Bomba bersama agensi lain dan penduduk kampung diperluaskan melebihi 100 ekar kawasan pencarian.

Namun, katanya, sehingga jam 6 petang tadi warga tua yang dikenalpasti sebagai Sinayoh binti Masukong belum lagi ditemui.

Tambahnya, operasi SAR akan diteruskan pada jam 8 pagi esok.

Sinayoh dilaporkan telah keluar dari rumah dan masuk dalam hutan berhampiran.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan