Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,789

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Warga emas 80 tahun dilaporkan hilang

8:54pm 03/02/2016 Leolerry Lajius 1498 views Tempatan
Keadaan mangsa yang ditemui oleh pasukan keselamatan.

Keadaan mangsa yang ditemui oleh pasukan keselamatan.

TAMBUNAN: Seorang warga emas berusia 80 tahun yang dilaporkan hilang sejak jam 3.00 petang kelmarin ditemui selamat oleh pasukan penyelamat.

Pihak bomba telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut pada jam 9.35 pagi tadi dan bertindak atas makluman  telah memulakan gerakan mencari dan menyelamat dengan bantuan Polis Diraja Malaysia dan orang awam  dari Simpang Jalan Bumburing menuju ke Gunung Terus Madi(hutan simpan kelas satu FMU 1 ).

Operasi mencari mangsa Mariana Dawin Sulambot dimulakan  pada jam 10.16 pagi dan mangsa  telah berjaya  ditemui oleh  pasukan bomba pada jam 11.50 pagi 6 kilometer dari tempat mula operasi.

Keadaan mangsa adalah   selamat dan telah  diserahkan kepada keluarga untuk tindakan selajutnya kerana mangsa tidak mahu dihantar ke Hospital.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan