Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Warga emas 100 tahun tamatkan renang 1500m

Warga emas 100 tahun tamatkan renang 1500m
MIEKO menjulang sijil dan hadiahnya.

Tokyo: Seorang wanita Jepun berusia 100 tahun menjadi orang pertama berumur seabad menamatkan acara renang 1,500 meter gaya bebas.

Mieko Nagaoka mencatatkan kejayaan itu selepas 20 tahun berkecimpung dalam sukan berkenaan.

Dia mencatatkan masa sejam 16 minit untuk menamatkan perlumbaan itu, satu-satunya peserta dalam kategori umur 100 hingga 104 tahun di kolam renang saiz kecil di Ehime, barat Jepun.

“Saya mahu berenang sehingga umur saya 105 tahun, jika saya hidup sehingga usia itu,” kata Mieko.

Kejayaan itu dijangka diiktiraf oleh Rekod Dunia Guinness, lapor agensi berita Kyodo News.

Wanita berkenaan yang menerbitkan buku berjudul ‘I’m 100 Years Old and The World’s Best Active Swimmer’ (Saya berusia 100 tahun dan perenang paling aktif di dunia) bukan asing untuk acara berenang 1,500 meter.

Dia pernah menamatkan jarak berkenaan ketika berusia 99 tahun di kolam saiz Olimpik.

Mieko mula belajar berenang ketika berusia 80 tahun, antara rakyat Jepun yang semakin ramai menikmati usia lebih panjang dan kehidupan lebih sihat. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan