Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Warga China mengaku tidak bersalah dakwaan menipu

tipu

KOTA KINABALU: Seorang petani berumur 43 berasal dari China didakwa atas tuduhan menipu seorang wanita sejumlah RM32,000 yang dikatakan untuk membuang nasib malang.

 

Wang Bu Wu dari Hainan, China mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu di hadapan Majistret Ryan Sagirann Rayner Jr.

 

Wang bersama-sama dua orang rakan yang masih bebas didakwa memujuk mangsa untuk percaya bahawa mereka boleh membantunya mendapatkan rawatan daripada seorang bomoh bagi membuang nasib malangnya.

 

Kesalahan tersebut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara di antara setahun dan 10 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

 

Mahkamah menetapkan 5 Ogos depan uutk pengurusan kes dan menawarkan jaminan RM3,000 dengan dua orang penjamin kepada Wang yang diwakili peguan Chin Tek Ming.

Komen


Berita Berkaitan