Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Warga Australia dipenjara 15 bulan kerana menipu

wargaaustralia

KUALA LUMPUR : Seorang lelaki warga Australia dipenjara 15 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku menipu seorang pengarah sebuah syarikat berhubung pelaburan jual beli saham pada Oktober tahun lalu.

Hakim Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman itu terhadap Robert Alexander Dowling, 67, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah ketika kes disebut semula hari ini dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman tersebut bermula daripada tarikh dia ditangkap pada 14 Mei lepas.

Dowling yang juga pesara didakwa menipu dengan memperdaya Lai Pui Weng, 40, untuk mempercayai wujudnya urusan pelaburan jual beli saham dari Amerika Syarikat sehingga mendorong mangsa menyerahkan sekeping cek Standard Chartered Bank bernilai RM157,000 kepadanya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Tun Dr Ismail pada 3.39 petang, 7 Okt 2013.

Mangsa mengenali tertuduh ketika tertuduh menjadi mentor dalam program pelaburan dalam satu bengkel hartanah pada Julai 2003.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Noor Svetlana Mohd Noor Nordin memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal kerana kesalahan itu serius dengan mengambil kira kepentingan awam.

Komen


Berita Berkaitan