Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Warga asing dipenjara kerana memiliki senjata tajam

Gambar Hiasan
Bangunan Mahkamah Kota Kinabalu

KOTA KINABALU – Mahkamah Majistret hari ini menjatuhkan hukuman tiga bulan penjara terhadap seorang lelaki warga asing yang mengaku bersalah memiliki senjata tajam di tempat awam.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menjatuhkan hukuman penjara itu terhadap tertuduh Ladja Zainal Abidin mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357).

Pegawai Pendakwa Inspektor Hendry Is Fandiar memberitahu mahkamah bahawa, mengikut fakta kes, dua anggota polis yang sedang melakukan rondaan ternampak tertuduh dalam keadaan mencurigakan di Kampung Kalansanan, Inanam di sini pada jam 9.30 malam 27 Jun lepas.

“Polis yang membuat pemeriksaan kemudian menemui sebilah pisau berukuran sembilan inci yang disembunyikan di bahagian belakang badan tertuduh,” katanya sambil memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh berumur 44 tahun itu, dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut, sebaik selesai menjalani hukuman penjara tersebut.- oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Komen


Berita Berkaitan