Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,501

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Warga 6 negara Islam tetap disekat

9:11am 07/03/2017 Pak Roshan 1905 views Global

Washington: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump malam tadi menandatangani arahan eksekutif dipinda yang menyekat kemasukan pelarian dan warga dari enam negara Islam namun mengecualikan warga Iraq serta penduduk tetap.

Arahan eksekutif keduanya itu menyekat kemasukan pelarian selama 120 hari serta menghentikan visa baru untuk warga Syria, Iran, Libya, Somali, Yaman dan Sudan.

Arahan eksekutif itu ditandatangani secara tertutup pada pagi Isnin waktu tempatan (malam Isnin waktu Malaysia).

Ia berkuatkuasa 16 Mac ini dan bertujuan menangani masalah perundangan.

Bagaimanapun, arahan baru itu jelas mengecualikan warga Iraq, penduduk tetap dan pemegang visa sah.

Jurucakap White House, Sean Spicer berkata, prinsip arahan eksekutif baru ini tetap sama.

Sementara itu, Setiausaha Negara, Rex Tillerson berkata, ia “langkah penting” untuk mengukuhkan keselamatan negara.

Pada 27 Januari lalu, Trump menandatangani arahan eksekutif pertama berhubunng sekatan perjalan terhadap warga tujuh negara Islam namun ia digantung sementara oleh Mahkaman Persekutuan negara itu.

Pelaksanaannya turut menyebabkan huru-hara di lapangan terbang utama serta bantahan besar-besaran. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan