Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Warden penjara amuk tetak isteri, anak

LOKASI kejadian seorang warden penjara menetak isteri dan anak lelakinya dengan parang (gambar kecil) dalam kejadian amuk di kawasan perumahan Pusat Koreksional Labuan di Taman Bakti, Labuan. – Foto ihsan PDRM

 

LABUAN: Seorang warden penjara disyaki menetak isteri dan anak lelakinya dengan parang akibat cemburu dalam insiden amuk di kawasan perumahan Pusat Koreksional Labuan di Taman Bakti dekat sini, petang semalam.

Suspek berusia 53 tahun itu bagaimanapun meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Labuan selepas mengalami pelbagai kecederaan, termasuk kesan tetakan di belakang tengkuk dipercayai dilakukannya sendiri dalam kejadian itu.

Insiden bermula jam 3 petang apabila suspek dikatakan bertengkar dengan isterinya berusia 45 tahun kerana cemburu selepas dia menuduh wanita itu ada hubungan sulit dengan lelaki lain.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad, berkata suspek didakwa kemudian masuk ke bilik tidur sebelum keluar semula dengan sebilah parang lalu menikam perut isterinya dan menetak beberapa bahagian badan mangsa.

Selepas itu, beliau berkata, mangsa dikatakan bergelut pula dengan anak sulungnya berusia 23 tahun sehingga pemuda berkenaan cedera di tangan.

“Anak lelaki itu kemudian memapah ibunya menyeberangi jalan menuju ke kawasan perumahan berdekatan untuk menyelamatkan diri, namun dikejar dan dihalang suspek menggunakan kenderaannya.

“Isteri suspek rebah di kawasan semak tepi jalan, manakala anaknya dapat melarikan diri ke dalam kawasan semak,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

LOKASI isteri suspek ditemui dalam keadaan cedera parah di kawasan perumahan Pusat Koreksional Labuan di Taman Bakti, Labuan. – Foto ihsan PDRM

 

Muhamad Farid berkata, polis menerima panggilan berhubung insiden itu pada jam 3.13 petang sebelum menghantar sepasukan anggota ke tempat kejadian.

Beliau berkata, polis kemudian mengarahkan suspek yang ketika itu berada berhampiran pintu masuk Pusat Koreksional Labuan, untuk menyerah diri.

“Suspek yang berdiri di sebelah kenderaannya jenis Toyota Avanza melibaskan parang ke arah polis dan mengugut menikam dirinya jika cuba dihampiri.

“Pada jam 5.20 petang, suspek masuk ke dalam kenderaannya lalu memecut melepasi halangan kenderaan pasukan keselamatan dan melarikan diri ke kawasan pantai di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), serta tidak mengendahkan arahan untuk menyerah diri.

“Suspek yang semakin agresif mengugut hendak menyerang polis menyebabkan satu tembakan amaran dilepaskan ke udara. Namun, suspek terus agresif menyebabkan tembakan kali kedua disasarkan ke paha kiri,” katanya.

Beliau berkata, suspek bagaimanapun tidak rebah dan tiada menunjukkan tanda untuk mengalah menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan menggunakan ‘teaser gun’ sebelum dia jatuh serta segera dihantar ke hospital.

SEORANG warden penjara disyaki menetak isteri dan anak lelakinya dengan parang akibat cemburu dalam insiden amuk di kawasan perumahan Pusat Koreksional Labuan semalam.

 

“Namun pada jam 9.10 malam, pihak hospital memaklumkan suspek meninggal dunia di wad kecemasan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, iaitu sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Katanya, isteri suspek yang parah kini dirawat di Unit Kecemasan, Hospital Labuan, manakala anaknya cedera ringan dan menerima rawatan pesakit luar. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan