Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Warden Asrama Bunuh Murid Darjah 1 Dihukum Mati

hukuman mati

ALOR SETAR – Seorang warden asrama dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh seorang murid berusia tujuh tahun di Arau, Perlis, empat tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Zaki Abd Wahab menjatuhi hukuman itu kepada tertuduh, Hanif Muhammad Ali, 31, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Mengikut kertas pertuduhan, Hanif yang juga seorang ustaz dituduh membunuh Saiful Syazani Saiful Sopfidee di dalam sebuah bilik warden di sebuah sekolah rendah Islam di Arau pada jam antara 6 petang hingga 12 tengah malam, 31 Mac 2011.

Tertuduh yang masih bujang dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan