Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wanita Yang Pernah Bertakhta Di Hati Muhammad Ali

2:26pm 05/06/2016 Pak Roshan 8100 views Global,Mutakhir
ali

MUHAMMAD ALI DAN ISTERI PERTAMA, SONJI ROI.

1. Sonji Roi (1964-1966)

Ali bernikah dengan isteri pertama, Sonji Roi, seorang pelayan bar pada tahun 1964 hanya selepas sebulan berkenalan.

Namun, disebabkan Sonji enggan mengikut beberapa ajaran agama Islam seperti yang diamalkan suaminya, menyebabkan pasangan ini akhirnya mengakhiri perkahwinan mereka pada bulan Januari 1966.

Mereka tidak mempunyai anak sepanjang dua tahun berkahwin.

ALI BERSAMA ISTERI KEDUA, BELINDA DAN EMPAT ANAK MEREKA.

ALI BERSAMA ISTERI KEDUA, BELINDA DAN EMPAT ANAK MEREKA.

2. Belinda Boyd (1967-1977)

Tiga tahun kemudian, Ali mengahwini seorang gadis sunti berusia 15 tahun, Belinda Boyd yang kemudiannya memeluk Islam dan menukar nama kepada Khalilah Ali.

Mereka berkenalan ketika Khalilah bekerja di kedai roti di Los Angeles, Amerika Syarikat yang diusahakan oleh Nation of Islam.

Pasangan ini mempunyai empat cahaya mata iaitu Maryum, Jamilla, Rasheda dan Muhammad Ali Jr.

Perkahwinan mereka tidak kekal lama apabila mereka mengambil keputusan untuk bercerai selepas 10 tahun mengecap bahagia bersama.

Ali Jr, 43, berkata sepanjang kehidupannya, dia diabaikan oleh bapanya dan mengakui sering dibuli ketika di sekolah hanya kerana dia merupakan anak juara tinju dunia.

MUHAMMAD ALI DAN ANAK LELAKINYA, MUHAMMAD ALI JR.

MUHAMMAD ALI DAN ANAK LELAKINYA, MUHAMMAD ALI JR.

Khalilah dipercayai sedang menyiapkan satu buku memoir menceritakan pengalaman hidupnya sepanjang bergelar isteri Allahyarham.

ALI DAN VERONICA.

ALI DAN VERONICA.

3. Veronica Porsche (1977-1986)

Perkenalan Ali dengan Veronica dikatakan bermula ketika dia masih lagi bergelar suami Khalilah.

Sebaik berpisah dengan isteri kedua, Ali terus mengikat tali perkahwinan dengan Veronica yang merupakan seorang model dan pelakon.

Ali dan Veronica mempunyai dua anak perempuan, Hana dan Laila.

HANA DAN LAILA BERSANTAI BERSAMA ALI.

HANA DAN LAILA BERSANTAI BERSAMA ALI.

Laila, 37, kini meneruskan legasi bapanya dalam sukan tinju dan merupakan antara peninju wanita yang paling disegani pada masa kini.

LAILA MENERUSKAN LEGASI MUHAMMAD ALI.

LAILA MENERUSKAN LEGASI MUHAMMAD ALI.

Perkahwinan ketiga Ali juga tidak kekal lama apabila dia disahkan bercerai selepas sembilan tahun hidup bersama dengan Veronica.

YOLANDA ‘LONNIE’ WILLIAMS, ISTERI KEEMPAT ALI.

YOLANDA ‘LONNIE’ WILLIAMS, ISTERI KEEMPAT ALI.

4. Yolanda ‘Lonnie’ Williams (1986-2016)

Pada November 1986, Ali berkahwin dengan kenalan lamanya, Yolanda ‘Lonnie’ Williams.

Mereka mempunyai seorang anak angkat lelaki, Assad Amin yang diambil ketika bayi itu berusia lima bulan.

Sejak disahkan menghidap penyakit Parkinson, kehidupan Ali bergantung sepenuhnya dengan Lonnie dan kakak Ali, Marilyn.

Difahamkan, Lonnie merupakan pewaris tunggal yang akan mewarisi semua harta dan kekayaan yang dimiliki oleh Ali.

Menurut BBC, jenazah Ali akan disemadikan di tempat kelahirannya di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat pada 10 Jun ini. – MYNEWSHUB.CC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan