Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita warga UK sesat di Hutan Sepilok ditemui selamat

HUTAN SEPILOK, di Sandakan
HUTAN SEPILOK, di Sandakan

SANDAKAN : Seorang pelancong wanita dari United Kingdom yang sesat di Hutan Sepilok dekat sini, ditemui dalam keadaan selamat, Sabtu malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Haikal Jammy Ngali Abdullah berkata wanita berusia 50 tahun dikenali sebagai Sally ditemui pada 11.40 malam oleh anggota Polis dan Jabatan Pertahanan Awam.

Katanya sebelum itu, wanita berkenaan mengikuti aktiviti melihat burung di kawasan Hutan Sepilok di Rainforest Discovery Centre (RDC).

“Wanita itu gagal menemui laluan kembali ke RDC dan menghubungi rakannya,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Haikal berkata laporan kehilangan mangsa di hutan itu diterima pada 8.20 malam tadi.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan