Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita warga China cuba seludup dadah

seludup dadah

KOTA KINABALU: Seorang wanita warga negara China berusia 26 tahun ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri selepas didapati cuba menyeludup dadah jenis methapetamin seberat kira-kira 1.4 kilogram di Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu Terminal I, Ahad lalu.

Wanita yang tidak mempunyai pekerjaan itu menaiki penerbangan kelas perniagaan dari Hong Kong ke Kuala Lumpur dan transit di KKIA I.

Pengarah JKDM negeri, Datuk Dr Janathan Kandok berkata, wanita itu ditahan kira-kira jam 6 petang bersama satu periuk nasi jenama Panasonic yang dibawanya.

Menurutnya hasil pemeriksaan mendapati lima bungkusan dipercayai berisi dadah bernilai RM265,245, disorokkan di bahagian dalam periuk nasi elektrik itu. -SUMBER PHOTO-  myMetro

Komen


Berita Berkaitan